KUALA
LUMPUR: Mulai 2015, prestasi murid sekolah rendah tidak akan lagi
dinilai sepenuhnya berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) kerana peperiksaan itu hanya mewakili 30 peratus daripada
markah keseluruhan murid. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin
Mohd Dom, berkata perubahan itu selaras dengan pelaksanaan sistem
penilaian baru murid sekolah rendah yang akan diperkenalkan pada 2010.
Menerusi penilaian baru menggunakan sistem pengumpulan mata seperti di
institusi pengajian tinggi (IPT) itu, markah yang diperoleh murid dari
Tahun Satu hingga Enam akan dikumpul dan dikira bagi menentukan
pencapaian murid sepanjang tempoh itu.